Wednesday, 6 June 2012
Sunday, 3 June 2012
My childhood crush.
Yesszzaaa.... macam tajuk post saya untuk hari ini... hanyut dalam fikiran....
Entahlah....kebelakangan ini saya rasa macam tak sedap hati jer. Maybe just perasaan ataupun memang naluri saya mempermainkan saya. Apapun, ia membuat saya tak lena nak tidur.
Saya juga asyik terfikir2 kebelakangan ini...adakah kehidupan yang saya jalani sekarang merupakan kehidupan yang saya ingini?
Baiklah...tak nak berdalih lagi...sebenarnya saya mempunyai dillema dalam soal percintaan!
Sejujurnya saya telah menjalani kehidupan yang agak tak baik selama ini...saya telah berselingkuh dalam soal bercinta. Saya tidak mempunyai seorang kekasih, tetapi banyak.... sejujurnya, saya tidak merasakn cinta bila bersama mereka....kerana saya tahu apa yang sedang kami alami bukan cinta. Namun.... ada juga diantara mereka ini yang saya begitu harapkan cinta...walaubagaimanapun, mereka tidak punya hati untuk membalas cinta aku... huhu~
Selama ini aku yakin bahawa aku yang mempergunakan org, namun hakikatnya skrg, aku telah dipergunakan...
Aku punya seorang kekasih gelap ini, sebenarnya, teman tapi mesra.... fahamkan maksud saya?
Dia merupakan cinta pada pandangan pertama saya sejak kecil lagi...dan tak saya sangka akhirnya sekarang dia menyedari kewujudan saya!!! Setelah 15 tahun saya menyukai dia dalam diam....! Jadi bayangkanlah betapa gembiranya hati saya...
TETAPI,
kami hanya mempunyai hubungan yang tidak layak dipanggil kawan, tidak juga layak dipanggil kekasih....
Saya buntu...haruskah teruskan hubungan ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)